Penganut Jain berpandangan bahawa setiap jiwa itu berupaya untuk mencapai mokṣa. Hal ini tidak disempadani oleh perbezaan agama, kasta atau negara. Penganut ajaran ini percaya bahawa selagi ikatan karma itu tidak dirungkaikan maka mokṣa pun akan terganggu. Mokṣa dalam bahasa Melayu bermaksud penyelamatan atau salvation dalam bahasa Inggeris.
Oleh itu, seorang Jina itu mestilah menawan hawa nafsunya bagi mencapai mokṣa. Setiap tindakan yang diambil itu haruslah terhindar dari motif hawa nafsu. Keadaan ini memungkinkan ikatan karma yang akan datang ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang kesakitan pada hati. Sebelum mencapai mokṣa, seseorang itu haruslah menjadi Arihant yang menghapuskan karma ghati atau karma merosak. Kemudian, seluruh karma termasuklah empat karma aghati semuanya itu pun dimusnahkan pada hujung hayat.
Ajaran Jain menjelaskan bahawa perjalanan menuju mokṣa ini terjadi dengan banyak cara. Keadaannya sama seperti seseorang itu menuju ke destinasinya, namun wahana untuk sampai ke destinasi itu adalah pelbagai. Bagi penganut ajaran Jain, sebanyak 15 cara dikenalpasti untuk mencapai mokṣa. Baca lanjut di sini.
Ajaran Jain menyatakan bahawa mokṣa itu tidak terbatas dengan sempadan atau fahaman keagamaan. Mokṣa itu dicapai melalui kemampuan jiwa dan persekitaran kita sendiri membantu kita untuk mencapai tahap tersebut. Seseorang itu haruslah jujur, merendah diri, berbelas kasihan dan mengawal hawa nafsunya supaya mokṣa dapat dicapai. Seseorang yang bukan penganut ajaran Jain pun boleh hidup sebagai seorang Siddha dan seterusnya mencapai mokṣa. Mokṣa itu dicapai disebabkan oleh kesedaran dan sikap sendiri. Ia bukan dicapai dengan label keagamaan.