15 Jalan Siddha

Berikut adalah 15 Jalan Siddha yang ditempuhi oleh penganut-penganut Jain lampau dan yang terkini sebelum mencapai mokṣa. Untuk rujukan silalah rujuk di sini.
  • Jina, dalam perjalanan ini seorang itu akan membangunkan gotra Tirthankaranamakarma dalam jelmaan ketiga sebelum jelmaan yang terakhir. Kemudian, dia akan menjadi Tirthankara dalam jelmaan terakhir. Dia akan membangunkan semula Saṃgha Jain dan menuju mokṣa. Contoh Siddha sebegini adalah semua Thirtankara sendiri seperti Ruṣabhadeva, Ajit Nātha, Śanti Nātha, Nemi Nātha dan Mahāvira.
  • Ajina, dalam perjalanan ini seseorang itu tidak mencapai gotra Thirtankaranamakarma namun dia akan menjadi Arihant sebelum menuju ke mokṣa. Contoh terbaik untuk Siddha seperti ini adalah Śrī Gautama Swami.
  • Tirtha, pada gotra ini seseorang itu mencapai mokṣa selepas berlindung dengan Saṃgha Jina yang dibangunkan oleh seorang Thirtankara.
  • Atirtha, pada gotra ini seseorang itu mencapai Arihant sebelum tertubuhnya Saṃgha yang dibangunkan oleh seorang Thirtankara. Dia mencapai mokṣa sebelum tertubuhnya Saṃgha Jina. Contoh gotra Siddha ini adalah Maru Deva Mata.
  • Grughasthalinga, gotra ini hidup seperti biasa. Mereka hidup berkeluarga namun hati mereka tidak pernah terikat dengan duniawi. Mereka juga tidak terikat dengan kebencian akibat kejadian sekeliling mereka. Tahap rohaniah mereka meningkat lalu mereka menghapuskan ghati karma seterusnya mengalami kenaikan ke Arihant. Jika hayat mereka kini singkat, maka mereka akan menuju moksa kira-kira satu antra muhurtam. Jika hayat mereka panjang, mereka akan mengalami kenaikan ke Jinanendra dan menyeru dunia supaya mencapai kesedaran diri sehinggalan kematiannya. Contoh Siddha dalam gotra ini adalah Śrī Cakravarti iaitu Raja Bharata.   
  • Anyaliṅga, sesiapa sahaja dalam gotra ini adalah mereka yang mengamalkan pratimoksa iaitu amalan-amalan benar. Mereka bercakap benar, mereka mempunyai pandangan benar dan mereka berbuat kebenaran sahaja. Mereka pun menuju mokṣa. Contoh Siddha dalam gotra ini adalah Vallakchiri, iaitu seorang zuhud dari penganut agama lain.
  • Swaliṅga, Siddha gotra ini adalah Siddha yang menuju mokṣa dengan meninggalkan kehidupan yang terikat dengan duniawi. Contohnya seperti Muni Sri Prasanna Chandra.
  • Purūṣaliṅga, contoh Siddha yang mencapai moksa dari gotra ini adalah Śrī Sudharma Swami.
  • Striliṅga, wanita pun mampu mencapai moksa. Walau bagaimanapun, aliran Digambara tidak percaya bahawa wanita mampu mencapai moksa. Contoh wanita yang mencapai moksa adalah Chandana Bala, Mrugavati Ji dan lain-lain.
  • Napusamkliṅga, seorang yang berjantina khunsa juga mampu mencapai moksa, Contohnya, Sri Gangeya Muni.
  • Pratyeka, seseorang dari gotra ini mencapai moksa menerusi kesedaran dirinya dalam menghapuskan ghati karma trigorda. Dia mencapai kesedaran oleh sebab persekitaran atau usia. Dari gotra ini dia akan menjadi Arihant dan menjadi seorang Siddha.
  • Svayambuddha, seseorang dari gotra ini menerima ilham di jiwanya supaya dia menghapuskan ghati karma dan menjadi Arihant dan naik menjadi seorang Siddha. Contoh Siddha dari gotra ini adalah Kapila Kevali.
  • Buddha Bodhita, seseorang yang menerima pencerahan dari guru kerohanian dan kemudian meninggalkan duniawi tanpa mengikut cara hidup guru sempurna itu pun naik menjadi Siddha. Contohnya Sri Gautama Swami dan Vayu Bhuti.
  • Eka, seorang itu yang jiwanya mencapai moksa semasa dia berada dalam Saṃgha. Contohnya, Sri Mahavira Swami.
  • Aneka, ramai juga biarawan Jain yang mencapai moksa secara beramai-ramai. Hal ini bermaksud bahawa mereka mencapai moksa dengan menghembuskan nafas terakhir mereka pada masa yang sama. Contohnya, Rusabha Deva mengembuskan nafasnya bersama dengan biarawan-biarawan Jain lain.