Sunday, December 28, 2014

Asas-Asas Jain Dharma


Jain dharma atau śasana Jain, merupakan sejenis agama Hindu yang menekankan ciri-ciri ahimsa atau tidak mengasari terhadap seluruh makhluk hidup. Ia turut menekankan mengenai saling kebergantungan rohani dan kesaksamaan antara semua rupa hidupan.

Pengikut dharma ini mempercayai bahawa ahimsa dan pengendalian diri merupakan jalan untuk mereka mencapai moka. Kezahidan merupakan tumpuan utama bagi dharma Jina. Prinsip-prinsip Jina bertumpu kepada tiga perkara berikut:

  • Ahimsa, tiada keganasan.
  • Anekantavada, tiada yang mutlak.
  • Aparigraha, tiada milikan.
Dharma ini merupakan antara dharma tertua di dunia ini. Secara tradisi, sejarah dharma ini boleh dijejaki menerusi 24 orang penyebar yang silih berganti yang disebut sebagai, Tirthankara. Tirthankara bermula dengan Riabha dan diakhiri oleh Mahāvīra.

Doktrin-Doktrin
  • Ahimsa, tiada keganasan.
  • Anekantavada, tiada yang mutlak.
  • Aparigraha, tiada milikan.
  • Pañchavrāta, lima keazaman.
Kepercayaan Ghaib

Jiva dan Karma

Kepercayaan Jina menyatakan bahawa jiva itu asasnya adalah:
  • Suci dan murni.
  • Mempunyai ciri-ciri pengetahuan tidak terbatas.
  • Mempunyai pemandangan yang tidak terbatas.
  • Penuh ketenangan.
  • Penuh bertenaga.
Menurut pengalaman kewujudan semasa pula, semua ciri-ciri yang disebut di atas ini pun dicemari dan terhalang. Hal ini terjadi disebabkan oleh terikatnya jiva dengan satu unsur yang digelar sebagai karma, atau tindakan. Karma pula menginjak keabadian masa yang tiada permulaan.

Ikatan pengikat jiva tersebut diumpamakan oleh agama-agama Jina dengan perumpamaan serbuk emas yang sering ditemui bercampur-campur dengan keladak kekotoran sebelum ia disucikan untuk mengambil emas murni. Demikian jugalah halnya dengan keadaan jiva yang murni, sering dibayangi oleh ketidaksucian karma. Perumpamaan emas ini seterusnya menekankan bahawa penyucian jiva boleh dicapai menerusi kaedah-kaedah peleburan emas yang sempurna.

Berabad-abad lamanya, para sadhu Jina memperkembang sastera-sastera canggih untuk memperjelas ciri-ciri serta fitrah jiva, pelbagai segi kerangka kerja karma, serta jalan-jalan untuk menuju ke arah pembebasan.

Tattva

Pengetahuan ghaib Jina adalah berdasarkan kepada tujuh atau sembilan asas yang disebut sebagai tattva, mengandungi cubaan untuk memperjelas fitrah bagi musibah-musibah atau situasi yang tidak menyenangkan, menimpa manusia serta penyelesaiannya:
  1. Jīva, zat makhluk hidup, unsur yang mendiami tubuh yang merumahkannya. Kesedaran, ilmu dan persepsi merupakan sekutu asasnya.
  2. Ajīva, benda-benda bukan bernyawa yang terdiri daripada bahan, ruang angkasa dan masa.
  3. Asrava, tindakbalas perhubungan antara jiva dengan ajiva yang menjadi penyebab mengalirnya karma (golongan ajiva) ke dalam jiva sehingga ia terikat olehnya.
  4. Bandha, karma menyelubungi jiva dan menyekatnya daripada menerima kebolehan fitrahnya dari ilmu dan pandangan yang sempurna.
  5. Saṃvara, menerusi kelakuan dan sikap yang benar, adalah mungkin untuk kita menghentikan pengaliran karma tambahan.
  6. Nirjarā, melalui kehidupan yang zuhud, mungkin untuk kita membakar atau memusnahkan karma yang sedia ada.
  7. Mokṣa, jiva yang sudah bebas dari karma dikatakan sudah terbebas dan kembali ke rupa sebenarnya yang paling asas, berpengetahuan penuh dan bercirikan kesempurnaan.
Sesetengah pengulas menambah dua kelompok tambahan berkaitan dengan karma iaitu:
  • puńya, terkumpul pahala.
  • pāpa, tertolak pahala.
Semua tindakan-tindakan asas ini membentuk asas pula bagi pandangan alam ghaib Jain dharma.

No comments:

Post a Comment